Assalamualaikum Wrmhbt, Apa kabar para ibu kat luar sana? Kak Aza doakan kesihatan dan kesejahteraan semua ye..
Sebelum ini Kak Aza ada Kongsi 2 testimoni.
1. Testimoni Set Penyusuan Asas Shaklee
2. Testimoni Set Kurus Shaklee
So Hari ni Kak Aza nak tunjuk Testimoni Kak Aza sendiri menggunakan Set Menyusu Shaklee...
Bukan Kak Aza nak membangga diri tapi Alhamdulillah, Kak Aza cuma nak Share dengan ibu-ibu yang ada masalah Penyusuan Bayi.
kalau sebelum ni Kak Aza byk Share kat fb page je "Cara Hidup Sihat dan Bahagia" so sekarang ni Kak Aza nak kongsi dalam blog kak Aza ni.
![]() |
Gambar ni masa anak akak 1 tahun 3 bulan.. (Muhamad Aqil Adam) |
Nak baca klik >>pengalaman kak Aza
Kak Aza kadang-kadang merasa sedih bila dengar rintihan member-member atau customer yang mengadu dengan Kak Aza.
Ramai yang mengadu susu tak ada. susu tak pekat. Anak asyik meragam je.
Rasa macam nak menyusukan je anak-anak dorang tu sebab susu Akak memang banyak (Alhamdulillah)
Tapi tak perlu macam tu sekali. Bagi mereka-mereka yang inginkan petua dan rahsia Kak Aza untuk memperolehi susu ibu yang banyak boleh la contact Kak Aza ye..
Ini adalah gambar atau koleksi peribadi susu Ibu untuk sekali pam.
Sebenarnya ada rahsia... nak tahu RAHSIA SUSU IBU BANYAK? Jom scroll lagi ke bawah :)

Rahsianya adalah Set Menyusu Shaklee....
Ramai yang kata tak mampu nak guna Set Menyusu Shaklee ini.. tapi cuba puan-puan kira balik, bebaloi ke tidak?
Puan-puan x perlu beli susu tepung. Tak perlu ke kedai untuk beli susu tepung. Risiko sembelit kepada bayi TIADA.
Banyak lagi Manfaat Menyusu Ibu ini.
Kenapa kak Aza pilih untuk menggunakan Set Menyusu Shaklee ni?
Nak tahu?
Sebab Susu Ibu ini banyak Manfaat dan juga kekurangan zat semasa menyusukan bayi akan menganggu kesihatan Ibu Menyusu dan sebab itulah Kak Aza ambil Set Menyusu Shaklee
Manfaat Susu Ibu Kepada Bayi
1. Kandungan Susu ibu mempunyai Nutrien Lengkap untuk tumbesaran dan perkembangan Otak Bayi
2. Susu Ibu mudah dihadam oleh sistem usus bayi.
3. kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan
Manfaat Penyusuan Ibu kepada Ibu
1. Dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang antara Ibu dan bayi.
2. Mengurangkan Risiko Kanser Payudara dan Ovari.
3. Membantu mengecutkan Rahim selepas bersalin dan mengelakkan berlakunya tumpah darah
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya akan membantu menjarakkan kehamilan
1. Dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang antara Ibu dan bayi.
2. Mengurangkan Risiko Kanser Payudara dan Ovari.
3. Membantu mengecutkan Rahim selepas bersalin dan mengelakkan berlakunya tumpah darah
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya akan membantu menjarakkan kehamilan
Rahsia Kak Aza menggunakan Set Menyusu Lengkap Shaklee tanpa rasa terbeban.
Kak Aza mula ambil Shaklee dengan Set Kurus Bajet Shaklee dalam Set Kurus Shaklee yang Kak Aza ambil itu cuma ada Alfafa dan Lechitin.
Masa itu Kak Aza tak Join Ahli lagi. dan susu ibu pun tak ada masalah lagi.
Bila dah berkenalan dengan Shaklee, rasa badan sihat dan ringan dengan Set Kurus Bajet Shaklee ni. Mula Jatuh cinta..
Jumpa pulak upline Shaklee yang sangat baik hati, so start jadi ahli..
Rupa-rupanya beza harga memang berbaloi-baloi (menyesal tak jadi ahli awal-awal) >>> klik sini kalau nak jadi ahli
Kak Aza perlahan-lahan upgrade Dari Set Kurus Bajet Shaklee beli pulak ESP, Vitamin C Shaklee dan Vitalea. Sedar tak Sedar dah jadi Set Menyusu Shaklee
Kak Aza nak cerita sikit, makan ESP, Vitamin C dan Vitalea ini badan makin cergas. tenaga boleh tahan.
Yang paling best Vitamin C, kalau kak Aza rasa nak demam je cepat-cepat makan Alhamdulillah cepat betul recover.
* hari tu bagi kat office mate, dia cakap macam nak demam. Kak Aza bagi dia cuba makan vitamin C. tiba-tiba bulan lepas dia order Vitamin C sebab dia kata berkesan.
Lepas tu bila dah mula datang haid, Kak Aza perasan Susu mula merundum dan badan selalu sakit-sakit. Punca susu merundum masa ni dikenal pasti kerana kalsium dalam darah berkurang kerana darah haid. So, masa ini Kak Aza decided upgrade lagi untuk kesihatan tulang dan sumber kalsium.
Kali ini beli pula ostematrix. Kebetulan pulak kene time promotion beli 6 dapat 1. So borong la.. Jadi stok untuk kegunaan sendiri.
Kak Aza ada juga bagi sebotol ostematrix bagi kat Bonda Kak Aza sebab dia selalu sakit kaki dan sebotol kat Wan (nenek) Kak Aza sebab dia selalu mengadu sakit gusi.
Perasan tak perasan bulan ke bulan rupanya Kak Aza dah amik Set Penyusuan Premium.
Susu Kak Aza banyak sampai melimpah.. Kene selalu tukar cadar sebab melimpah masa Muhamad Aqil Adam menyusu.
Kadang-Kadang bila Muhamad Aqil Adam puas menyusu tapi dada masih rasa penuh, maka terpaksalah pam atau berikan kepada Kakaknya, Nur Aqila (4 tahun).
Nur Aqila memang tak penah putus susu ibu sejak lahir. Masa kak aza mengandung pun dia masih menyusu cuma Kak Aza bataskan penyusuan dia.
Kepada Para ibu diluar sana, jika ada masalah tentang Penyusuan Ibu, jangan segan, jangan Malu..
hubungi Kak Aza. InshaAllah akak akan bantu sehabis baik..
Lawati /hubungi Kak Aza di,
- facebook akak Aza Abbas
- Page facebook akak Cara Hidup Sihat dan Bahagia
- call/sms/whatsapp saya di 013-388 6077 (Kak Aza)
* dengan automatiknya anda akan mendapat diskaun sehingga 25% bagi setiap pembelian dan faedah-faedah hebat dari Shaklee
**** mohon like jika artikel ini memberi manfaat dan Share kat kawan kawan supaya kita boleh berkongsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan