Set Penyusuan Shaklee Harga Produk Lengkap Bajet Murah
Assalamu'alaikum Wrmbth, sebelum ini Kak Aza ada kongsi dengan kawan kan tentang Set Penyusuan Lengkap Shaklee.
Memang Kak Aza puas hati dengan hasilnya, alhamdulillah sangat sangat. Memang Allah swt limpahkan rezeki dan rahmatnya berupa susu ibu yang banyak.
Kak Aza mempunyai 2 cahaya mata dan pada masa yang sama, masih bekerja di pejabat. jadi memang cabaran besar untuk meneruskan niat menyusukan anak.
Mana taknya, Kak Aza tinggal di Meru Klang, tempat kerja pula di Kota damansara.
Betul. Kota Damansara. Kawasan sesak super tu. Pantang lambat sikit habis sesak jalan. Belum ambil kira faktor cuaca.
Memang banyak habis masa atas jalan raya.

Namun begitu alhamdulillah, sejak Kak Aza menggunakan set menyusu shaklee , badan tidak lagi sakit sakit dan rasa lebih cergas gembira.
Oh.. lupa nak kongsi , kedua dua anak Kak Aza masih lagi menyusu ibu. Anak pertama Kak Aza yang berusia 4 tahun pun belum cerai susu lagi. Mohon Jealous ye
Jom, Kak Aza kongsikan rahsia untuk menambahkan pengeluaran susu ibu.
Set penyusuan ibu shaklee
Sebenarnya, rahsia penyusuan susu ibu yang berjaya bukan hanya terletak pada penggunaan produk penyusuan Shaklee.

Banyak lagi faktor yang perlu kita ibu ibu ambil kira supaya susu banyak.
Kak Aza sebut ni bukan apa, sebab ada salah faham dikalangan kawan kawan Kak Aza sendiri.
Asal guna produk shaklee untuk tambah susu je.. susu dah melimpah ruah sebanyak banyaknya.
Sampai ada yang beranggapan susu ibu akan terpancut keluar tanpa henti. Salah salah dan salah.
Antara RAHSIA besar kejayaan mengeluarkan susu yang banyak ialah
1. Berfikiran positif - Jangan terpengaruh sangat dengan perkara negatif
2. Kawal tekanan - Tekanan akan mengurangkan jumlah susu dikeluarkan
3. Makanan seimbang - Diet yang sihat akan membantu penghasilan susu yang berkhasiat
4. Ilmu penyusuan - Kawan kawan perlu ada ilmu penyusuan yang mencukupi seperti prinsip supply and demand
5. Usaha dan tawakal - Susu ibu ni rezeki dari Allah swt. Doa banyak banyak pada Allah agar diberi kekuatan untuk menyusu penuh

Ok. Sekarang ni kita dah jelas, Set penyusuan Shaklee ni bukan produk ajaib. Kena ambil kira banyak lagi faktor lain.
Jom kita mengenali lebih lanjut tentang set ini
Apa Produk yang terkandung dalam Set Penyusuan Lengkap Shaklee ?
Kak Aza nak kongsikan 6 watak utama dalam drama set menyusu shaklee ni (Dalam set penyusuan premium shaklee ada 7 produk )
Jeng3.. watak wataknya ialah
1. Vita-Lea Shaklee
Mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan badan untuk kesihatan ibu dan bayi menyusu.
Sebenarnya suami pun sesuai untuk makan vitalea ni. Antara khasiatnya ialah menjadikan badan lebih cerags bertenaga dengan penghasilan sel darah merah.
Sebotol Vitalea Shaklee mencukupi untuk kegunaan 4bulan. Sebabnya lalah sukatan dan cara makan vitalea sebanyak 1 biji saja sehari.
Dalam 1 botol ni pula ada 120 biji. Cuba kira sendiri. Kan mencukupi untuk 4bulan tu.
2. B-Complex Shaklee
Sebenarnya vitamin b complex ini penting diambil oleh ibu bapa dari saat merancang kehamilan lagi.
Kenapa?
Kalau kita kekurangannya, risiko untuk kecacatan sistem saraf adalah lebih tinggi.
Bagi ibu menyusu, makan B complex akan membantu penukaran makanan kepada tenaga. Jadi ibu akan lebih bertenaga.
B complex juga mempunya khasiat anti stress. Membantu kita fokus dan lebih tenang.
Stress amat perlu dikawal jika kawan kawan mahukan penyusuan berjalan lancar.

Sebabnya bila kita stress, daya tahan penyakit turun, mudah sakit. Mudah letih.
Akhirnya susu badan pun kurang.
3. Sustain Release Vitamin C
Selalunya kalau kita selesema, digalakkan ambil vitamin C kan. Sebabnya ialah vitamin C membantu kuatkan daya tahan penyakit.
Sambil sambil menggunakan set menyusu lengkap shaklee yang mengandungi vitamin c, kulit kita makin cantik sebab vitamin c mengikat kolagen.
Lepas tu, vitamin C bekerja bersama vitalea untuk membantu penyerapan zat besi.
Apa pentingnya zat besi? Ini untuk membina sel darah merah yang sihat. memang best lah kan. Muka pun tak pucat. Badan pun sihat.
Tu yang akak rasa lain macam. Dulu balik kerja, dah flat. PENAT.
Sangkut traffic jam dari Kota Damansara ke Meru Klang. Anak anak minta dilayan. Sebab Kak Aza kan menyusu badan.
Sekarang ni relaks je. Balik steady lagi. Boleh main dengan anak anak. Boleh update blog bisnes.
Dan yang lebih ketara, MC pun dah sangat jarang. Jadi apa lagi bos, boleh lah naikkan gaji dan bonus saya tahun ni kan.
4. ESP aka Energizing Soy Protein
ESP ni memang best betul. Kak Aza sangat suka ESP Shaklee sebab setiap pagi pergi kerja memang tak sempat sangat nak bersarapan.
Lagipun nak beli kat luar, sarapan pun xberbaloi mana pun. Mahal satu hal. Tak berkhasiat pula tu.
Beli karipap pun boleh rasa ajinomoto yang kuat. MSG dan ajinomoto ni tak elok untuk kesihatan.

Kalau selalu makan ajinomoto, mulalah kepala kita peningkan. Lagipun ibu menyusu badan ni kena jaga makan.
Kalau kita makan sebarangan anak anak pun terkesan juga.
Kak Aza yakin sangat, Allah swt jadikan ibu menyusu ni lebih sensitif dan peka dengan nasib anak-anak.
Berdisiplin dan menjaga masa. Sebabnya di pejabat selang 2 ke 3 jam sekali mesti kena pam susu.
ESP ni membantu akak makan sarapan yang berkhasiat. Dalam ni mengandungi 20 jenis protein yang diperlukan badan.
Tak perlu lah akak nak susah susah makan pelbagai jenis makanan untuk dapatkan khasiatnya.
Satu lagi Kak Aza perasan, badan memang dah tak rasa penat sangat. Perut pun kenyang je sampai tengahari.
Lagipun akak makan ESP dengan alfafa. Memang cerahlah harapan nak kurus balik macam zaman anak dara dulu.
Hihii, InshaaAllah..
Kalau nak dapat harga set penyusuan shaklee yang istimewa... boleh hubungi Kak Aza.
5. Alfalfa Complex
Alfafa ni ada gelaran lain. Macam keterlaluan pula.
Raja Tumbuhan.
Entah siapa yang bagi nama ni. Hehe. Ok Alfafa ni ada banyak zat tau sebab akarnya menusuk jauh kedalam tanah.
Alfafa sangat bagus untuk menambah susu. Memang terbukti penggunaannya sebagai milk booster.
Alfafa juga membantu badan ita mencuci darah, buah pinggang dan usus kecil. Bagi bersih semua tu dari toksin penyebab penyakit.
Kalau kawan kawan nak tahu lah.. Alfafa ni mempunyai khasiat macam kacip fatimah. sangat bagus untuk orang pompuan.
Jom la try. murah je ni. Serius. Cuba call Kak Aza
6. Ostematrix Shaklee
Susu Kak Aza banyak. Ya, itu nikmat Allah swt beri pada akak.
Tapi itulah kan, walaupun susu banyak Kak Aza tak terfikir pun nak makan kalsium dulu.
2 bulan lepas sebelum akak kenal Shaklee, masa tu bulan oktober 2013 badan memang dah sengal sengal.
Sakit sakit badan. Fikir punya fikir mesti sebab tak cukup sumber kalsium. Ya lah kan, akak pun google je cari maklumat.
Syukur alhamdulillah masih lagi tersedar awal. Kalau tak dah kena osteoprosis sekiranya berlanjutan.
Jadi, Ostematrix Shaklee ni Kak Aza makan untuk lindungi tulang gigi dan sendi dari kerosakan.
Badan kita terpaksa ambil simpanan kalsium dari gigi dan tulang untuk ditukarkan kepada susu ibu.
Mulianya hati seorang ibu ni ya. Secara tak sedar pun Allah reka sistem badan kita ni untuk anak anak dapat susu berkhasiat.
Sekarang ni baru kita sedar pengorbanan mak ayah kita. Sekarang ni dah berusia lanjut, badan sakit sakit.
Yang bagusnya dengan ostemeatrix shaklee ni, semua zat dan mineral diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat ada dalam tu.
Contohnya vitamin D, kalsium, zink, magnesium dan molybdenum.
Lengkaplah sudah set penyusuan lengkap shaklee untuk kegunaan ibu menyusu.
Set Penyusuan Bajet Shaklee
Oklah.. Atas tu kes banyak bajet. Budget besar punya cerita. Kalau ada kemampuan lebih elok makan semua tu.
Lebih lebih lagi bagi yang buat bisnes tu, elok makan set penyusuan susu ibu Shaklee 3M. Badan sihat, anak sihat bisnes pun sihat.
Tapi kalau kita kerja makan gaji macam mana? Tak mampu nak beli semua kan?
So macam mana?
Itu yang best dengan produk shaklee ni. Semua golongan mampu gunakan menurut bajet masing masing.
Kak Aza cadangkan kawan-kawan makan 2 produk ni je untuk set penyusuan budget Shaklee
1. ESP aka Energizing Soy Protein
2. Alfafa Complex
Peranan, kelebihan dan manfaat setiap produk ni akak dah kongsi kat atas tadi kan.
Ambil 2 ni pun dah mencukupi untuk susu yang sihat. Tapi kawan kawan kena jaga sumber kalsium tu ya.
Susu segar satu liter dah berapa ringgit. RM6. Itu cukup untuk minum 2 ke 3 hari je. Penyerapan pun tak berapa bagus.
Sebenarnya lebih jimat makan ostematrix dari beli susu segar hari hari kan.
Lebih lebih lagi bagi yang buat bisnes tu, elok makan set penyusuan susu ibu Shaklee 3M. Badan sihat, anak sihat bisnes pun sihat.
Tapi kalau kita kerja makan gaji macam mana? Tak mampu nak beli semua kan?
So macam mana?
Itu yang best dengan produk shaklee ni. Semua golongan mampu gunakan menurut bajet masing masing.
Kak Aza cadangkan kawan-kawan makan 2 produk ni je untuk set penyusuan budget Shaklee
1. ESP aka Energizing Soy Protein
2. Alfafa Complex
Peranan, kelebihan dan manfaat setiap produk ni akak dah kongsi kat atas tadi kan.
Ambil 2 ni pun dah mencukupi untuk susu yang sihat. Tapi kawan kawan kena jaga sumber kalsium tu ya.
Susu segar satu liter dah berapa ringgit. RM6. Itu cukup untuk minum 2 ke 3 hari je. Penyerapan pun tak berapa bagus.
Sebenarnya lebih jimat makan ostematrix dari beli susu segar hari hari kan.
Untuk Rasai dan alami pengalaman Menyusu yang Hebat dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE, JomHubungi Kak Aza di
- facebook akak Aza Abbas
- Page facebook akak Cara Hidup Sihat dan Bahagia
- call/sms/whatsapp saya di 013-388 6077 (Kak Aza)
- Daftar menjadi ahli - dengan automatiknya anda akan mendapat diskaun bagi setiap pembelian.
Terima kasih ya kerana membaca artikel ini sampai habis. Jika kawan-kawan rasa artikel ini bermanfaat.
Mohon KLIK butang LIKE .. +1 dibawah ya. Nak SHARE dengan member lain pun boleh.
Ramai lagi ibu di Malaysia ada masalah serupa. Secara tak langsung kita sama sama dapat pahala. InshaaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan